Monday, October 31, 2011

PEMILIHAN PASUKAN CATUR SK RABAN 2012









Pada minggu ini satu pertandingan catur untuk murid sk raban akan dijalankan bagi memilih pemain catur sekolah. Seramai 14 peserta lelaki dan 20 peserta perempuan akan merebut juara sukan CATUR SK RABAN 2011. Sukan catur merupakan sukan yang digemari oleh murid sk raban buat masa ini. Sk raban juga banyak melahirkan pemain catur yang berbakat namun ianya terhenti sekerat jalan apabila mereka belajar disekolah menengah. Walau bagaimanapun ianya tetap menjadi pemain pilihan pelajar untuk bertanding diperingkat daerah. Syabas kepada guru-guru sk raban yang sanggup melatih pelajar menjadi cemerlang dalam sukan ini, termasuk jugalah sukan-sukan lain seperti hoki dan ping pong. Syabas.... cikgu jasamu tetap dikenang.

Wednesday, October 19, 2011

Fenomena Beg Berat


Murid selalunya tidak menghiraukan berat beg yang selalu dibawa ke sekolah. Ibubapa pula selalu alpa dengan kandungan beg yang dibawa oleh anak mereka. Walaupun guru telah memberikan jadual waktu kejadian ini masih berlaku. Kebanyakan murid tidak menghiraukan jadual waktu yang diberi. Maka inilah hasilnya.......6.5 kg untuk murid sk rendah. siapa yang harus dipersalahkan ?????

Monday, October 17, 2011

Hari sukan Sekolah Raban 2011


Hari sukan Sk Raban telah berlalu dengan jayanya. Pada tahun ini Rumah Kuning menjadi johan keseluruhan.

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Bermula semalam semua murid sk raban menghadapi peperiksaan akhir tahun. Semua murid diharap dapat menlengkapkan diri dalam menghadapi peperiksaan tersebut. dalam perhimpunan pada hari isnin lepas guru bertugas menerangkan tentang kepentingan mencari ilmu pengetahuan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran kehidupan yang mengdatang.